Wednesday, 4 January 2012

TUGASANKU SEBAGAI BIRO PENGANGKUTAN

Tugasan saya bermula apabila saya menghubungi Syed Amir iaitu abang senior saya yang sudah ada pengalaman dalam hal-hal pengangkutan untuk menjayakan kem . Daripada beliau saya di arah untuk menghubungi biro-biro pengangkutan daripada universiti lain seperti UITM Shah Alam , UITM Jengka dan INSTEDT .  Saya juga diarahkan untuk menempah bas dari UCSA untuk pengangkutan pergi dan balik dari kem .  Setelah mendapatkan nombor telefon biro-biro tersebut dari pengarah kem UCSA iaitu Daniel Bin Kalam , saya terus menghubungi biro dari Shah Alam dan Jengka . Saya dapat menghubungi Akmal biro pengangkutan dari UITM Jengka , dan NorReskey biro pengangkutan dari UITM Shah Alam .