Wednesday, 29 February 2012

Hari Kedua !

Kami berangkat ke tasik chenderoh setelah selesai solat subuh dan mengangkat segala barang yang belom selesai . Perjalanan yang dianggarkan dari UITM Shah Alam ke Tasik Chenderoh ialah kira2 3 hingga ke 4 jam .  
Sepanjang perjalanan tersebut kami dapat berkenalan dengan peserta lain dan berhenti seketika di perhentian untuk berehat dan makan . Kami tiba di Tasik Chenderoh pada waktu petang dan terus mengeluarkan barang daripada lori . Pada waktu malam kami digemparkan dengan aktiviti spot check . Masing2 muka dah takut . Secara tiba2 seorang peserta daripada cawangan lain didapati membawa rokok . Pada malam itu juga seorang lecturer daripada INSTEDT telah memberikan penegasan keras kepada kami semua . Setelah selesai , kami diarah untuk tidur kerana ingin melakukan aktiviti yang agak berat .

No comments:

Post a Comment