Sunday, 26 February 2012

Hari Pertama !

Kami semua bersiap sedia ke UITM Shah Alam untuk berkumpul . Kami berangkat dari UCSA pada jam 8.30 pagi dan sampai di UITM Shah Alam tepat wakstu solat jumaat . Kami sempat solat di masjid UITM Shah Alam sebelum kami semua berkumpul untuk mendapatkan arahan seterusnya daripada pensyarah . Kami terus berkenalan dengan setiap ajk atau pelajar sportrec UITM Shah Alam yang akan berangkat bersama sekali ke kem . Selepas beberapa jam , rombongan bas daripada UITM Jengka dan INSTEDT selamat tiba .

Kami diarah untuk bekerjasama mengangkat barang dari stor untuk di masukkan ke atas lori . Sambil mengangkat barang yang agak berat sepeti kayak , pedal , life jacket dan lain2 , kami juga sempat berkenalan dengan peserta daripada UITM jengka dan INSTEDT . Selepas itu , kami mengangkat barang 2 masakan yang akan di gunakan semasa kem seperti , kuali besar , periuk besar dan macam2 lagi . Setelah selesai , kami semua solat . Pada malam hari kami diarahkan berkumpul untuk sesi perkenalan bersama fasilitator dan pembahagian kumpulan . Selesai semuanya kami bermalam di UITM Shah Alam sebelum berangkat ke tasik cenderoh keesokan harinya .

No comments:

Post a Comment