Wednesday, 29 February 2012

Hari Ketiga Dan Aktiviti Pertama !

Kayak adalah aktiviti pertama yang saya lakukan , sebelum memulakan kayak ini , saya di ajar cara untuk menggunakan pedal kayak serta setiap bahasa isyarat di dalam aktiviti ini . Saya juga dapat mempelajari beberapa jenis kayak yang boleh digunakan . Setelah selesai belajar , saya dan kumpulan di arahkan untuk menyelam ke dalam air untuk menningkatkan "water confident" jika berlaku apa2 kecelakaan semasa aktiviti ini berjalan . Selepas berendam , aktiviti in dimulakan . Arus agak kuat semasa aktiviti ini dijalankan .Setelah sampai di pertengahan tasik , saya dan kumpulan harus membuat rafting dan menukar kayak dalam masa yang sama . Aktiviti ini sangat mencabar dan letih bagi saya tetapi ia dapat menguji ketahan mental dan fizikal serta seronok juga di akhirnya . Kami  semua balik ke tapak perkhemahan dan sebelum naik ke tapak perkhemahan , kami di suruh membuat capsize iaitu cara untuk menyelamatkan diri dan kayak jika berlaku sebarang kecelakaan .

No comments:

Post a Comment