Orienteering
Dalam aktiviti ini saya dapat belajar cara yang betul untuk menggunakan kompas dan macam2 lagi semasa di dalam hutan . Aktiviti ini dijalankan untuk membuat cara yang betul semasa mencari arah . Aktivit ini sudah popular di luar negara serta negara kita sendiri . Pelbagai jenis acara yang telah di kemukakan dalam aktiviti ini malahan ada juga sukan olimpik untuk aktiviti ini . Setelah selesai belajar , saya dan kumpulan pulau yang telah di pecahkan di beri peluang untuk mencuba bermain aktiviti ini . Sungguh seronok dan saya dan kumpulan mendapat tempat pertama dalam aktiviti ini . Ganjaran bagi tempat pertama tersebut adalah kami diberi makan rambutan . Setelah senja kami di perkenalkan dengan aktivi lain yang di panggil
Survival
Aktivti ini sangat mencabar ketahanan mental . Saya dipecahkan didalam kelompok lima orang sekumpulan untuk belajar hidup di dalam hutan yang gelap gelita untuk satu malam . Sebelum memulakan aktiviti ini , saya dan kumpulan di minta memilih bekalan yang di tawarkan untuk di bawa bersama dalam aktiviti ini . Kami memilih 5 benda iaitu , parang , mancis , air , tin rahsia dan flysheet . Setekah selesai , kami di bawa oleh fasilitator untuk ke tapak survival . Saya dan kumpulan di tinggalkan disitu hanya dengan bekal yang di pilih . Perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari kayu api kerana api adalah perkara palig penting dalam survival ini dan api wajib sentiasa menyala . Setelah langit mula gelap , saya terus menyalakan api dengan bekalan batang mancis sebnyak 5 batang . Alhamdulillah batang mancis ketiga api dapat dinyalakan .Kami berlima duduk berborak dan berkenalan sambil menjaga api . Tugasan diberikan kepada setiap ahli kumpulan.
Ada yang mencari kayu api , ada yang masak , ada yang berehat dan lain2 tetapi secara bergilir2 . Fasilitatator juga datang untuk memastikan tiada perkara buruk berlaku dan api sentiasa hidup . Setelah letih menjaga api dan berborak . Saya terkejut apa bila seorang fasilitator datang dan mengarah kami semua kemas dan keluar dari tapak itu kerana katanya ada sesuatu yang berlaku . Setelah selesai semuanya , saya dan rakan diminta menceritakan pengalaman kepada lecturer dan fasilitator disitu dan terus di bawa pulang ke tapak perkhemahan .


No comments:
Post a Comment