saya dan kumpulan pulau tioman yang diberi pada awal2 perkhemahan ini diarah berenang ke tebing seberang yang jauhnya kira2 300 meter daripada tapak perkhemahan untuk meneruskan aktiviti tracking ini di sana . stelah sampai di sana , kami diarah untuk berjalan sambil berbaris sehingga ke puncak . terdapat 3 perhentian yang di lakukan dalam ekspidisi ini . dalam keseronokan yang saya dapat , seorang rakan sekumpulan daripada cawangan universiti lain telah mengalami kecederaan di kaki dan tidak dapat meneruskan aktiviti sehingga ke puncak . kami semua agak terkilan kerana ada rakan sekumpulan yang tidak dapat merasa suasana diatas sana . setelah mengharungi jalan yang agak mencabar , alhamdulillah kami semua selamat tiba di puncak dan ini adalah antara permandangan yang dapat kami lihat .
setelah beberapa minit diatas, kami semua di minta turun semula ke tapak perkhemahan untuk menjalankan aktiviti terakhir . saya dan kumpulan di gemparkan dengan berita gembira iaitu kami sekumpulan adalah kumpulan yang terpantas sampai ke puncak . dalam perjalanan pulang saya lalu di kawasan perumahan orang dimana terdapat banyak buah rambutan yang seperti memanggil saya untuk memetiknya . seperti biasa , untuk kembali ke tapak perkhemahan kami perlu berenang semula . keseluruhan aktiviti ini agak meletihkan tetapi seronok dengan melihat pandangan yang cantik dan semangat kerja sama kawan2 .
aktiviti terakhir yang perlu saya selesaikan ialah knotting
ini adalah aktiviti terakhir saya sebelum keluar daripada tapak perkhemahan ini . dalam aktiviti ini saya di ajar oleh abang fasilitator untuk mengikat tali dengan pelbagai cara . aktiviti ini boleh di gunakan sekiranya ingin mengikat sesuatu dengan betul . contohnya menaikkan khemah . pelbagai jenis ikatan yang telah diajar kepada saya . antaranya ialah ikatan figure of eight , endnode ,dan macam 2 lagi . aktiviti ini adalah aktiviti yang tidak meletihkan badan cuma meletihkan otak kerana banyak jenis ikatan yang perlu di ingati .

No comments:
Post a Comment