Wednesday, 29 February 2012
Pulang !
setelah selesai semua aktiviti yang perlu dilakukan , kami semua bekerjasama mengemas tapak perkhemahan dan mengangkat barang yang telah di bawa ke atas lori untuk di bawa pulang semula . setelah selesai segalanya , kami diminta berkumpul mengikut kumpulan yang menaiki bas semasa datang ke tasik chenderoh ini . ketika mahu balik , terdapat masalah iaitu kelewatan bas yang datang untuk membawa kami pulang . kami terpaksa tunggu kira2 dua hing tiga jam sebelom berangkat ke UITM shah alam . ketika masuk saja di dalam bas , saya terus melelapkan mata dan sedar di UITM shah alam pada malam hari . tiba di uitm shah alam kami sekali lagi diminta berkumpul beramai2 untuk di arah melakukan aktiviti seterusnya . kami semua menurunkan barang yang berada di atas lori . pada malam hari , kami semua perlu pergi ke majlis makan malam yang telah di sediakan . pada malam itu pelbagai acara diadakan contohnya seperti sedikit permainan dan ucapan orang atasan aktiviti ini . setelah solat isyak dan sedikit taklimat oleh lecturer dan fasilitator , kami semua di arah tidur . terdapat juga peserta yang membersihkan badan dahulu sebelom tidur . kami di minta untuk tidur di dalam kelas yang menyediakan kemudahan aircond berbanding tidur di kaki lima pada awal datang ke UITM shah alam ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment